Sabtu, 26 Mac 2011

Berhati-hatilah...

Walaupun kandungan belum cukup bulan, tapi ada kemungkinan kita boleh bersalin lebih awal dari tarikhnya.  Paling penting kita harus sentiasa bertenang dan mengawal perasaan kita.  Jika kita dalam keadaan yang stress dan berfikiran negatif, otak kita sebenarnya menghantar signal yang negatif kepada tubuh kita dan dikhuatiri signal ini sampai kepada bayi di dalam kandungan. 

Salah satu kesannya ialah bayi pun turut stress dan ini menyebabkannya terberak ketika masih di dalam kandungan.  Ini seterusnya boleh menyebabkan masalah sekiranya bayi termakan najisnya sendiri. 

Selasa, 15 Mac 2011

Usah bersedih!!!

Setiap wanita yang mengandung memang mengharapkan yang terbaik bagi bayi dalam kandungan serta dirinya.  Tapi alangkah musnah harapan dan terobeknya hati sekiranya kandungan yang dikandung keguguran.

Saya juga pernah mengalaminya...Selepas anak pertama berumur dua tahun, saya keguguran semasa kandungan berumur 3 bulan dan terpaksa menjalani D & C procedure iaitu mengeluarkan janin serta mencuci rahim.  Prosedur tersebut tidak memberi apa-apa kesan ke atas diri saya tapi perasaan kehilangan itu yang amat terasa. Seolah-olah dunia seakan-akan kelam di mata ini tapi mengenangkan suami dan anak serta tawakal kepada yang  Esa, saya dapat menerimanya.


Setahun kemudian, saya mengandung lagi.  Alangkah gembiranya hati ini tatkala menimang seorang lagi cahayamata.  Saat kandungan berumur 5 bulan, doktor memberi khabar gembira...kandunganku kali ini adalah kembar.  Mahu pengsan sahaja suami dibuatnya.  Wah....girangnya hati.  Tapi benarlah jua, Allah maha besar lagi maha mengetahui.  Ketika kandungan 6 bulan, saya sakit perut dan terpaksa melahirkan kembar saya dan memandangkan mereka masih pra-matang dan terlalu kecil, mereka pergi untuk selamanya.  (Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Muhammad Syukur & Muhammad Selamat).

Jikalau anda mengalami pengalaman yang serupa, doa saya untuk anda.  Semoga anda tabah dan redhalah dengan ketentuan Illahi.  Semoga kita akan dirahmati dan dengan doa, harapan anda, moga anda dikurniakan lagi cahayamata di masa hadapan, Insyallah.

Sabtu, 12 Mac 2011

Nak Lagi?

Setiap kandungan adalah berbeza sama ada anak kedua, ketiga dan seterusnya.

Kadangkala anak pertama sudah berumur 7 tahun baru nak berisi balik.  Ada pula baru 2-3 bulan bersalin, dah mengandung.  Puncanya ialah hormon badan kita.  Ia arif dan tahu bilakah masa yang sesuai untuk hamil.  Bagi saya, jikalau kita ingin mengandung lagi, amalkan memakan ACID FOLIC setiap hari.  

Selalunya kita akan subur pada hari ke 10-14 selepas haid berakhir.  Elakkan membuat kerja-kerja berat.  Banyakkan rehat.  Jaga emosi supaya sentiasa tenang dan gembira.

Kalau boleh, elakkan makan makanan terlarang semasa mengandung (sila rujuk label FORBIDDEN ONES), dan akhir sekali, jangan putus asa dan senantiasa berdoa supaya doa kita dikabulkan oleh Allah S.W.T.