Jumaat, 14 Jun 2013



Pengalaman mengandung kali pertama amatlah ditunggu-tunggu buat insan-insan yang baru mendirikan rumah tangga.  Begitu juga dengan para ibu yang telah lama melahirkan anak yang pertama atau lebih tetapi masih belum dikurniakan anak yang seterusnya, walaupun telah menunggu bertahun-tahun lamanya.

Doa dan harapan teramat penting supaya kita tidak berputus asa.  Namun, tanpa usaha tiada gunanya.  Mungkin dengan sedikit usaha, impian untuk mendapatkan cahayamata mungkin tercapai.

Pada masa sekarang, terdapat pelbagai cara alternatif antaranya ialah IUI dan IVF.  IUI ialah suatu cara persenyawaan di luar rahim dibantu oleh teknologi.  IVF pula ialah cara yang terakhir dan pemantauan  yang lebih diperlukan.

Di Sabah, ada satu klinik yang terletak di dalam Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah iaitu sebuah klinik kesuburan yang bertujuan membantu pasangan-pasangan yang telah lama berkahwin tetapi belum mendapat cahayamata.  Doktor yang menyelia klinik ini ialah Dr. Hatta.      Melalui rawatan dan kaedah IUI, ramai pasangan yang berjaya walaupun baru mencuba pada kali yang pertama.  

Saya sendiri hanya mendapat anak pertama setelah 6 tahun berkahwin. Mungkin saya juga akan ke klinik ini untuk mendapat rawatan dan bimbingan sekiranya saya tahu kewujudannya tapi mungkin Allah lebih mengasihani kami suami isteri dan setelah 6 tahun menunggu, telah diberi peluang untuk menimang anak yang pertama....Alhamdullilah.

Selasa, 28 Mei 2013

Terpaksa nak diet atau bersenam ni.....

Seperti yang kita lihat sekarang ini, terlalu banyak produk yang menyasarkan kepada pasangan yang belum lagi dikurniakan cahayamata setelah lama berkahwin.  Terpulanglah kepada kita sama ada ingin mencuba nasib atau tidak.

Tetapi saya pernah terbaca bahawa bagi para isteri yang mempunyai berat badan berlebihan, jika anda dapat mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10% dari berat badan, paras hormon dalam badan akan menjadi normal.  Oleh kerana ia telah menjadi normal, maka peluang kita untuk mengandung adalah lebih baik.

Isnin, 18 Jun 2012

Di sini saya ingin menyentuh tentang isu.BELUM DIKURNIAKAN CAHAYA MATA.  Mendengar saja perkataan ini, saya sudah dapat merasai perasaan sunyi, seperti tiada tujuan hidup, patah hati dan rasa putus asa.

Saya amat memahami isu di atas, kerana saya juga pernah mengalaminya.  Setelah berkahwin selama 6 tahun, barulah saya merasai mengandung anak pertama saya.

Sepanjang tempoh 6 tahun itu, saya tidak pernah berubat, berurut ataupun mencuba apa-apa cara supaya mengandung.  Mungkin kerana saya ini orangnya yang sambil lewa sahaja.  Walau macamana pun, kami suami isteri tidak pernah putus-putus berdoa dan berharap supaya suatu hari nanti Allah tetap juga akan memberikan kami peluang untuk menimang cahaya mata.

Alhamdullilah, sekarang kami mempunyai 3 orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua lelaki.  

Senantiasalah berdoa dan jangan sesekali putus asa...kerana ada kemungkinan kesabaran anda sedang diuji....Insyallah...Allah amat pemurah. 

Rabu, 25 Januari 2012

Pregnant ke tidak ni?

Apabila kita tidak didatangi haid, tentu ada 2 sebab, sama ada mengandung atau ada masalah kesihatan yang lain kecuali kita telah menopaus atau pada para ibu dan wanita yang telah dibuang rahim atas sebab kesihatan.  

Bagi para ibu atau wanita yang merasa kemungkinan dirinya hamil, selalunya akan membeli kit kehamilan untuk menguji sama ada kita mengandung atau tidak.  Apabila positif, tentulah kita akan ke klinik pula untuk pengesahan selanjutnya.  Tetapi apabila perut di imbas dengan mesin ultrasound, tidak ada apa-apa pun di dalam rahim.  Jangan biarkan!  Kemungkinan anda mengandung di luar rahim, yakni telur anda yang telah disenyawakan telah melekat dan sedang membesar di dinding tiub fallopio anda.  Jika anda masih mendapat keputusan positif setelah menguji air kencing anda, tapi masih juga tidak dapat dikesan melalui ultrasound, sila minta doktor nasihat doktor sama ada anda mengandung di luar rahim kerana keadaan ini adalah berbahaya dan boleh mengancam nyawa si ibu.

Selasa, 9 Ogos 2011

Cakap kosong ke?


Mungkin anda sedang mengejek saya semasa membaca blog ini, siapakah saya untuk menasihati anda semua.  Well, maybe I should just shut my mouth and let you go through the amazing experience of getting pregnant and deliver on your own.  But as a normal human being, I do have the empathy and sympathy to at least give you some of my experience so that YOU HAVE AN IDEA, or something to look at while waiting for your big day...having the baby!

I do have a LOT OF EXPERIENCE dalam bab mengandung ni;

1.  My first baby is Nur Nadia Zetty.  She is 6 years old and is in kindergarten. (I was first diagnosed with  
     Gestational Diabetes Mellitus till now).
2.  I had a miscarriage when Zetty is 2 years old.
3.  I had a twins but again miscarried in 25th week.
4.  My second baby (fourth pregnancy) Muhammad Aqib Danish is 3 years old. (By C-Section)
5.  Again I had a miscarriage when Danish is 1 year old.
6.  My third baby (sixth pregnancy) Muhammad Aqib Ryan is 8 months old. (By C-Section)

Sabtu, 6 Ogos 2011

Twins?!!!

Kadangkala kita dikejutkan dengan berita dengan para ibu yang mengandung kembar.  Tak kisahlah kembar seiras atau tak seiras, berita ini tetap mengejutkan bagi kita yang mendengar.

Tapi jika anda disahkan mengandung kandungan kembar, berhati-hatilah kerana risikonya tetap ada.  Tetapi bagi para ibu yang sihat walafiat tanpa sebarang masalah atau penyakit semasa mengandung rasanya tiada masalah dan prosesnya sama dengan mengandung kandungan biasa.

NASIHAT SAYA: Sila berklinik di klinik kerajaan kerana pemantauan mereka adalah ketat dan selalunya hospital pakar kerajaan mempunyai  doktor pakar yang menguruskan para ibu yang mengandung kandungan kembar.

Khamis, 30 Jun 2011

Alhamdullilah...

Alhamdullilah, syukur kepada Illahi kerana Muhammad Aqib Ryan selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara pada 8hb Jun 2011....