Di sini saya ingin menyentuh tentang isu.BELUM DIKURNIAKAN CAHAYA MATA. Mendengar saja perkataan ini, saya sudah dapat merasai perasaan sunyi, seperti tiada tujuan hidup, patah hati dan rasa putus asa.
Saya amat memahami isu di atas, kerana saya juga pernah mengalaminya. Setelah berkahwin selama 6 tahun, barulah saya merasai mengandung anak pertama saya.
Sepanjang tempoh 6 tahun itu, saya tidak pernah berubat, berurut ataupun mencuba apa-apa cara supaya mengandung. Mungkin kerana saya ini orangnya yang sambil lewa sahaja. Walau macamana pun, kami suami isteri tidak pernah putus-putus berdoa dan berharap supaya suatu hari nanti Allah tetap juga akan memberikan kami peluang untuk menimang cahaya mata.
Alhamdullilah, sekarang kami mempunyai 3 orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua lelaki.
Senantiasalah berdoa dan jangan sesekali putus asa...kerana ada kemungkinan kesabaran anda sedang diuji....Insyallah...Allah amat pemurah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan