Jumaat, 28 Januari 2011

Apa nak dibeli?


Wah, perut dah masuk 7-8 bulan ni.  Satu barang bayi pun belum ada lagi.  Hah, jangan bimbang saya akan membantu anda membeli dan menyiapkan kelengkapan untuk bayi yang bakal lahir.

Selalunya. buat wanita-wanita yang bakal pertama kali menjadi ibu, semestinya telah membeli barangan bayi sejak mula lagi, seawal kandungan berusia 2-3 bulan.  Tapi apa nak buat jika sudah terlalu 'excited' dalam melalui pengalaman indah ini.

Cuma ada satu masalahnya ialah BAJET anda.  Jika anda mahukan barangan bayi yang berjenama semestinya mahal.  Tetapi barangannya adalah berkualiti dan selesa dipakai.  Bagi saya, jika kandungan ialah anak sulung dan anda bercadang untuk menambah lagi, pembelian barangan berjenama adalah satu bentuk pelaburan.  Barangan ini boleh disimpan dan digunakan lagi untuk anak kedua, ketiga dan seterusnya.

Saya suka menggunakan barangan bayi jenama 'Fiffy' kerana harganya agak berpatutan dan selesa dipakai.  Saya juga suka meninjau-ninjau harga dan kualiti barangan bayi yang lebih murah.  Kebanyakan barangan yang murah ini adalah buatan China.  NASIHAT SAYA:  Ada pakaian bayi yang murah dan juga selesa dipakai.  Tetapi barangan seperti bedak, losyen dan mandian bayi sebaiknya yang berjenama kerana ia lebih selamat dan terjamin.

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS BAYI YANG BARU LAHIR

1)  LAMPIN
2 Dozen-  Selalunya bayi yang baru lahir akan selalu berak, jadi penggunaan lampin amat sesuai untuk menjimatkan pembelian pampers.  Selepas melahirkan anak dan berada di wad, jururawat akan bertanya kepada kita sama ada bayi sudah kencing atau tidak.  Jika menggunakan pampers kita susah untuk mengenalpastinya kerana pampers mudah menyerap cecair.

2)  PAMPERS
1 Bungkus(24-30 keping)- Saiz 'Newborn' atau S.

3)  BAJU BAYI (Lengan Pendek) - 7-10 helai.

4)  BAJU BAYI (Lengan Panjang) - -sama-

5)  SELUAR BAYI (Pendek) -- sama-

6)  SELUAR BAYI (Panjang) --sama-

7)  BARUT -3 helai - Untuk membarut perut bayi.  Untuk melindungi pusat bayi dan mengelakkan perut bayi masuk angin.

8) TOPI BAYI

9)  SARUNG TANGAN - 7-10 pasang (Sebaiknya jangan yang berlubang-lubang)

10)  SARUNG KAKI ATAU STOKIN -7-10 pasang (sama)

11)TUALA -10 helai (5 Nipis-untuk membungkus bayi, 5 Tebal-digunakan selepas mandi)

12)SAPU TANGAN - 3-5 helai (Untuk melap bayi anda)

13)SELIMUT BAYI - 2 (Beli yang ada 'hood' boleh digunakan kemana-mana untuk melindungi kepala bayi anda)

14)TILAM BAYI - 2 (1 Tebal :Untuk baby cot , 1 Nipis: Senang dibawa)

15)BANTAL BAYI - 2 (Sekiranya satu kotor, yang satu lagi boleh terus digunakan)

16)BANTAL PELUK - 2

17)KATIL BAYI (BABY COT) - 1 (Katil besi lebih murah dari katil kayu)

18)BOX PAKAIAN (Bertutup) - 1 (Ia bertutup jadi pakaian bayi adalah bebas dari kotoran dan habuk)

19)BEDAK BAYI, SYAMPU BAYI, LOSYEN BAYI DAN MANDIAN BAYI (boleh juga didapati dalam travel pack (4in1) supaya senang dibawa).

20)MINYAK AIR PUTIH - 1 (Saya suka menggunakan jenama Cap Parrot (Burung Kakaktua Merah) kerana ianya lebih berkesan apabila bayi sakit perut)

21)MINYAK PO - 1 (Po Sum On Medicated Oil sama fungsinya dengan minyak air putih tetapi ia lebih pedas dan panas jadi sila gunakan dalam kuantiti yang sedikit) Selepas mandi, letakkan sedikit di ari-ari bayi untuk mengelakkan burut.

22)PUTIK KAPAS (Untuk membersihkan telinga dan hidung bayi).

23)KAPAS (Untuk membersihkan bayi dan pusat bayi anda).

24)BEDAK SEJUK ( Saya menggunakan jenama 2 Amoi, boleh didapati di kedai ubat cina atau kedai-kedai cina lama) 

25)BESEN MANDIAN - 1

26)PELAPIK GETAH BESEN MANDIAN - 1 

27)TISU BASAH BAYI(BABY WIPES)

* Elakkan habuk-habuk bedak memasuki hidung bayi anda.
* Selalunya syampu bayi tidak memedihkan mata bayi.
* Jangan gunakan losyen jika bayi anda alergik.



BARANGAN KEPERLUAN YANG LAIN

* BEG BAYI (Saya menggunakan jenama 'Fiffy', ia kecil dan praktikal).
* STROLLER BAYI
* HAYUNAN BAYI
* BOTOL SUSU BAYI (Tidak digalakkan, susu ibu adalah yang terbaik)
*SUSU FORMULA BAYI ( Jika anda menggunakan botol susu, saya suka menggunakan jenama 'SNOW')
* BAKUL KECIL ( Untuk meletakkan semua barangan mandian, minyak air putih, bedak dan lain-lain)
* BAKUL BESAR (Tempat membawa susu, botol panas dan air masak)

Apa nak dibeli?

Rabu, 26 Januari 2011

Advantages?

Di klinik kerajaan kita akan dibekalkan dengan vitamin-vitamin yang diperlukan sewaktu mengandung (Vitamin B Complex, Iron, Ascorbic Acid dan Folic Acid) dan semestinya secara PERCUMA!.

Jika berklinik di klinik swasta pula, tentulah kita dikenakan bayaran bagi segalanya (beruntunglah pekerja yang disediakan klinik panel oleh majikan).

Selasa, 25 Januari 2011

Clinic Day

Apabila sudah mengandung, kita akan menjadi pengunjung tetap klinik dan hospital, tidak kiralah klinik swasta atau kerajaan.  Jadi kita mesti menetapkan 'mind set' kita supaya sentiasa bersedia dengan keadaan ini.  NASIHAT SAYA:  Sentiasa bersikap sabar dan 'open minded'.  Ini dapat membantu kerana sekiranya kita terburu-buru dan seterusnya marah-marah ini tidak baik untuk kandungan kita dan silap haribulan tekanan darah pun meningkat.

JANGAN BERSARAPAN DAHULU.  Tunggu sehingga habis pemeriksaan air kencing di klinik.  Selepas mendapat nombor giliran ataupun menunggu panggilan doktor, bolehlah bersarapan.  NASIHAT SAYA:  Saya lebih suka membungkus makanan dan minuman.  Makanlah sementara menunggu giliran.  Tidak perlu berjalan ke  restoran atau kantin.

Setelah berjumpa doktor dan diberikan tarikh seterusnya oleh jururawat, sila periksa temujanji anda yang lain sekiranya bertindih dengan tarikh tersebut.   Jika ya, bolehlah minta jururawat memberikan tarikh yang lain.

Selasa, 18 Januari 2011

Aduhai Aduhai!

Mual-Mual?

Tahukah anda, rasa mual yang kita hadapi masa mengandung, bukan disebabkan oleh hormon, tapi oleh kerana metabolisme kita tinggi masa ini, kita cepat rasa lapar dan gastrik pun terjadi.  Oleh itu rasa nak muntah.

NASIHAT SAYA:  Jangan bagi peluang diri anda merasa lapar.  Kalau tidak, muntah-muntahlah jawabnya.  Kalau boleh, sejurus bangun pagi, makanlah apa saja yang ada.  Saya suka memulakan hari dengan Nestum 3 in 1.  Jika rasa mual-mual, makanlah biskut.

Shortcuts?

Shortcuts?, apa tu?, dalam kes ini, tentulah shortcut to knowledge about your first pregnancy.  Mesti syok kan kalau mengetahui segalanya dengan mengikuti blog ini.  Sebab mengikut pengalaman saya, membaca majalah dan buku-buku memang tidak cukup dalam persediaan fizikal dan mental menghadapi pengalaman pertama mengandung, jadi bagi kawan-kawan dan ibu-ibu yang bakal menjadi ibu buat pertama kalinya, this chapter is for you!

SURPRISE, SURPRISE!

Selalunya kita akan mengetahui jika kita mengandung.  Begitulah dengan saya.  Haid yang sepatutnya datang lambat beberapa hari, kemudian minggu dan bulan.  Datang pula tanda-tanda yang lain, sakit kepala, mual-mual, mudah penat dan mengantuk.  Kita boleh mengetahui sama ada kita mengandung atau tidak seawal-awalnya seminggu dari tarikh sepatutnya kita tidak dikunjungi haid. 

PREGNANCY TEST

Beli dulu Pregnancy Test Kit yang dijual di farmasi dan klinik.  Janganlah rasa malu dan segan kerana bukan kita sahaja yang membelinya, ramai lagi!.  Saya suka membelinya di farmasi (Guardian Farmacy) kerana terdapat banyak pilihan, paling murah berharga RM9.90.  Selalunya memang tepatlah.  Ikut arahan di pek dan dalam 2-3 minit adalah keputusannya.  Sebaik-baiknya buat ujian pada awal pagi dengan air kecil yang pertama bangun tidur.  Jika negatif, jangan kecewa kerana kadang-kadang jika kandungan masih di peringkat awal keputusannya boleh menjadi begitu lebih-lebih lagi jika kita membuat ujian di sebelah petang atau malam di mana hormon kehamilan tidak tinggi tahap konsentrasinya.  Sila ulang ujian ini seminggu atau dua minggu kemudian.

SCANNING

Selepas itu bolehlah kita ke klinik untuk ujian Ultrasound pula.  Kalau boleh secepat mungkin selepas membuat ujian dengan Pregnancy Test Kit dan keputusannya adalah positif.  Ini adalah kerana dengan ujian ini doktor akan dapat mengesahkan kehamilan kita dan sama ada kandungan berada di dalam rahim dan bukannya di tempat lain contohnya di tiub fallopio.  Saya advise anda untuk membuat menemuramah receptionist di klinik sama ada klinik tersebut mempunyai Ultrasound kerana bukan semua klinik mempunyainya.  Satu lagi perkara penting ialah SAMA ADA PIHAK KLINIK BOLEH MENCETAK GAMBAR ULTRASOUND ATAU TIDAK.  Ini adalah kerana jika anda ingin berklinik untuk ibu mengandung di klinik kerajaan KEBIASAANNYA mereka akan meminta gambar ultrasound yang PERTAMA untuk tujuan pengesahan dan rekod.  NASIHAT SAYA:  Minta Folic Acid (sejenis vitamin untuk menguatkan rahim) daripada doktor dan makan sekali sehari.  Selalunya bayaran yang dikenakan adalah RM35.00 hingga RM45.00.



MONTHLY CHECK-UP

Kita ada 2 pilihan, sama ada berklinik di klinik kerajaan atau swasta.  Terpulang pada anda.  


KLINIK KERAJAAN

Tapi bagi saya, pilihan terbaik ialah klinik kerajaan.  Ia adalah percuma dan anda akan diperiksa dan dijaga sepenuhnya.  Tapi bagi ibu-ibu yang bekerja, anda terpaksa beratur dan kadang-kadang menunggu lama untuk diperiksa.  Anda juga terpaksa mengambil cuti kerana tempoh masa berklinik yang lama.  Bagi yang surirumah pula tiada masalah.  NASIHAT SAYA, SILA DATANG AWAL, dalam jam 7.20 pagi untuk urusan pendaftaran jika mahu pulang awal.  Oleh kerana ianya percuma, tentulah banyak peminatnya kan!

Selalunya terdapat klinik kerajaan di setiap daerah di mana anda tinggal.  NASIHAT SAYA:  sila bawa suami anda bersama untuk urusan pendaftaran, juga kad pengenalan suami isteri serta buku rekod yang terdahulu untuk pendaftaran bagi kandungan kedua dan seterusnya.

Buku Rekod

Anda akan diberi buku rekod yang mencatatkan keputusan pemeriksaan fizikal pada tiap kali anda berklinik.  Buku ini juga akan diminta oleh Pegawai JPN semasa pendaftaran kelahiran bayi anda nanti.  NASIHAT SAYA:  Jaga baik-baik buku ini, jangan hilangkan.  Semasa mengandung, SAYA AKAN MEMBAWA BUKU INI KEMANA SAHAJA, mana tahu jika ada apa-apa terjadi kepada saya buku ini amat membantu kerana mengandungi banyak maklumat contohnya jenis darah anda.

Sebagai ibu yang pertama kali mengandung kita juga akan di beri suntikan dan satu lagi suntikan apabila kandungan mencecah 20 minggu.  Berat badan juga akan dipantau.  Bagi saya, selain daripada perasaan unik dan merasa istimewa semasa mengandung, anda akan rasa disayangi dan di ambil berat semasa berklinik di klinik kerajaan kerana penjagaannya yang terperinci.  Walaupun kadangkala ada kakitangan yang meninggikan suara, tapi kita harus faham yang tugas mereka amat mencabar kerana terpaksa mengendalikan ramai ibu-ibu yang datang setiap hari.  Bagi saya, jika kita menunjukkan sikap yang mesra, mereka juga akan berbuat begitu...IT'S ALL UP TO YOUR OWN ATTITUDE...

KLINIK SWASTA

Bagi ibu-ibu yang merasa payah untuk beratur dan terutamanya yang bekerja dan payah untuk memohon cuti, pilihannya tentunya klinik swasta.   Ini adalah kerana jumlah pelanggan yang tidak ramai dan boleh dikunjungi waktu rehat tengahari (lunchtime), hari Sabtu dan hari Ahad.

Bagi saya jikalau anda atau suami bekerja dan majikan menyediakan klinik-klinik swasta sebagai panel, daftar sahaja di klinik tersebut.

Kad Rekod

Anda juga akan diberi kad rekod yang mengandungi maklumat RINGKAS anda.  Tetapi jika dimasukkan ke dalam wad di hospital kerajaan, pihak klinik selalunya boleh dihubungi untuk mendapatkan rekod perubatan anda dengan menfakskannya.  

SOALAN PUJAAN RAMAI:  Jika saya berklinik di klinik swasta, bolehkah saya melahirkan anak di hospital kerajaan?  Jawapan:  SELALUNYA, boleh, kerana hospital kerajaan akan selalu menerima anda...tapi dalam kes-kes kecemasan, tuah tidak akan berpihak dengan anda, masa juga akan memusuhi anda kerana dalam waktu kritikal para doktor terpaksa mencari sendiri maklumat mengenai anda kerana, KAD REKOD KLINIK SWASTA SELALUNYA TIDAK LENGKAP DAN TIDAK TERPERINCI.


Pertama Kali Mengandung?

Pengalaman pertama kali mengandung memang amat indah dan nostalgic.  Tapi tentu tertanya-tanya 'what's next'?...Pertama kali saya mengandung dulu juga begitu, sampai membeli begitu banyak majalah yang berkaitan dan menjadi ahli perpustakaan Negeri Sabah semata-mata dapat meminjam buku-buku mengenai ibu mengandung.

Isnin, 10 Januari 2011

Home Manager?

Seminit bagaikan sejam, sejam bagaikan sehari, sehari bagaikan seminggu....dan seterusnya.  Betul-betul tak percayalah kalau macam ni, apa nak buat ni.  Takkan hari-hari pun macam ni saja.  Pertama kali menjadi housewife aka surirumah, memang 'blur' la jadinya.  Taulah kan belum ada rutin harian.

Tak boleh jadi ni, I have to do something, at least something... tapi macamana.  Sesudah suami keluar bekerja pada sebelah pagi, boleh dikatakan setiap hari, selepas bersarapan dan mandi, tidurlah jawabnya.  Masa mengandung pula tu, memang cepat mengantuk dan letih.  Syoknya tidur sampai bermimpi-mimpi lagi.  Tak taulah masa mengandung saya memang banyak bermimpi waktu tidur.  Boleh-boleh mengigau lagi.

Kandungan dah pun 24 minggu, besar juga perut ni.  Mungkin ditambah lagi dengan lemak di perut yang sedia ada, besar betullah pula, atau ada sesuatu yang berbeza dengan kandungan ni?

Ahad, 9 Januari 2011

Babies fever!

Haid sepatutnya datang seminggu yang lalu.  Hairan juga tiba-tiba bulan ni datang lewat atau tak datang langsung.  Kalau bukan mengandung mesti dapat penyakit lain.  Apabila mengadu pada suami, dia pun turut susah hati.  Baik periksa sama ada mengandung atau tidak.

Malas, mudah letih, mengantuk dan mual....tambah lagi dengan sakit kepala, apa kena dengan aku ni, penyakit apa yang telah menakluki seluruh tubuh ni.  Nak pergi kerja ke tidak hari ini?...apa nak bagitahu bos ni?, terpaksa jumpa doktor minta cuti sakit lagi ni.

Lima minit yang ditunggu bagaikan bertahun.  Keseorangan di dalam bilik, suami dibiarkan menunggu di luar.  Garisan perlahan-lahan timbul, lama-kelamaan menunjukkan tanda positif.  Hampir terhenti jantung ini berdenyut, betul ke ni?.  Ku tunggu lagi, masih juga begitu keputusannya.  Apabila suami tahu, di bawanya berjumpa doktor.  Setelah melihat dengan mata sendiri, jantung bayi berdenyut, barulah ku rasakan aku dapat bernafas semula.  Sah katanya, puan mengandung sudah 8 minggu.  Tahniah!

Enjoy it or else...

Kalau menjadi housewife aka surirumah satu-satunya jalannya, bagi saya, I want to be the best.  I want to enjoy the feelings of being a housewife because I am a very passionate person and if I do things, I want to do it passionately.  Kita semua tahu bahawa hidup ini adalah sementara dan kalau boleh, pada pendapat saya, kita haruslah mengamati setiap perkara dengan penuh perasaan.

So, dipendekkan cerita, ketika kandungan berumur enam bulan, secara sahnya saya telah bergelar seorang housewife aka surirumah sepenuh masa...

The romantic story...permulaan segalanya.

Hairan juga kan kalau difikirkan, betul juga cakap orang tua dulu-dulu, kalau ada jodoh, takkan ke mana.  Pertama kali berjumpa dengan suami ialah ketika saya dalam tingkatan dua.  Adalah sekejap menjadi pasangan kekasih lepas tu putus pula.  Mungkin sudah ditakdirkan pada tahun 1997 selepas lima tahun kasih bertaut kembali dan cerita selanjutnya menjadi sejarah....

Tetapi takdir datang menguji lagi, enam tahun pertama perkahwinan kami tidak dikurniakan anak.  Pilunya rasa hati apabila melihat pasangan lain dengan anak-anak mereka.  Kadangkala hati ini terdetik bertanya apalah dosa diri ini kerana diberi dugaan sebegini.

Tapi benarlah kuasa tuhan amatlah besar, pada tahun 2005 setelah 6 tahun lebih berkahwin, saya pula sudah berumur 26 tahun, tiba-tiba mengandungkan anak pertama.  Hati punyalah girang, perasaan gembira tak terhingga, zuriat yang ditunggu-tunggu bakal dilahirkan.

Tiba-tiba timbul persoalan di fikiran, ini bermakna saya harus berhenti kerja?, yalah, kan ini zuriat yang ditunggu-tunggu selama ini, siapa yang akan menjaganya kelak?, siapa lagi kalau bukan ibunya....maknanya saya bakal bergelar...housewife!