Hairan juga kan kalau difikirkan, betul juga cakap orang tua dulu-dulu, kalau ada jodoh, takkan ke mana. Pertama kali berjumpa dengan suami ialah ketika saya dalam tingkatan dua. Adalah sekejap menjadi pasangan kekasih lepas tu putus pula. Mungkin sudah ditakdirkan pada tahun 1997 selepas lima tahun kasih bertaut kembali dan cerita selanjutnya menjadi sejarah....
Tetapi takdir datang menguji lagi, enam tahun pertama perkahwinan kami tidak dikurniakan anak. Pilunya rasa hati apabila melihat pasangan lain dengan anak-anak mereka. Kadangkala hati ini terdetik bertanya apalah dosa diri ini kerana diberi dugaan sebegini.
Tapi benarlah kuasa tuhan amatlah besar, pada tahun 2005 setelah 6 tahun lebih berkahwin, saya pula sudah berumur 26 tahun, tiba-tiba mengandungkan anak pertama. Hati punyalah girang, perasaan gembira tak terhingga, zuriat yang ditunggu-tunggu bakal dilahirkan.
Tiba-tiba timbul persoalan di fikiran, ini bermakna saya harus berhenti kerja?, yalah, kan ini zuriat yang ditunggu-tunggu selama ini, siapa yang akan menjaganya kelak?, siapa lagi kalau bukan ibunya....maknanya saya bakal bergelar...housewife!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan