Isnin, 18 Jun 2012

Di sini saya ingin menyentuh tentang isu.BELUM DIKURNIAKAN CAHAYA MATA.  Mendengar saja perkataan ini, saya sudah dapat merasai perasaan sunyi, seperti tiada tujuan hidup, patah hati dan rasa putus asa.

Saya amat memahami isu di atas, kerana saya juga pernah mengalaminya.  Setelah berkahwin selama 6 tahun, barulah saya merasai mengandung anak pertama saya.

Sepanjang tempoh 6 tahun itu, saya tidak pernah berubat, berurut ataupun mencuba apa-apa cara supaya mengandung.  Mungkin kerana saya ini orangnya yang sambil lewa sahaja.  Walau macamana pun, kami suami isteri tidak pernah putus-putus berdoa dan berharap supaya suatu hari nanti Allah tetap juga akan memberikan kami peluang untuk menimang cahaya mata.

Alhamdullilah, sekarang kami mempunyai 3 orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua lelaki.  

Senantiasalah berdoa dan jangan sesekali putus asa...kerana ada kemungkinan kesabaran anda sedang diuji....Insyallah...Allah amat pemurah. 

Rabu, 25 Januari 2012

Pregnant ke tidak ni?

Apabila kita tidak didatangi haid, tentu ada 2 sebab, sama ada mengandung atau ada masalah kesihatan yang lain kecuali kita telah menopaus atau pada para ibu dan wanita yang telah dibuang rahim atas sebab kesihatan.  

Bagi para ibu atau wanita yang merasa kemungkinan dirinya hamil, selalunya akan membeli kit kehamilan untuk menguji sama ada kita mengandung atau tidak.  Apabila positif, tentulah kita akan ke klinik pula untuk pengesahan selanjutnya.  Tetapi apabila perut di imbas dengan mesin ultrasound, tidak ada apa-apa pun di dalam rahim.  Jangan biarkan!  Kemungkinan anda mengandung di luar rahim, yakni telur anda yang telah disenyawakan telah melekat dan sedang membesar di dinding tiub fallopio anda.  Jika anda masih mendapat keputusan positif setelah menguji air kencing anda, tapi masih juga tidak dapat dikesan melalui ultrasound, sila minta doktor nasihat doktor sama ada anda mengandung di luar rahim kerana keadaan ini adalah berbahaya dan boleh mengancam nyawa si ibu.