Masa berpantang selepas bersalin adalah masa yang amat kritikal. Ini adalah kerana masa ini jika kita tidak mengikuti pantang larang selepas bersalin sebenarnya kita boleh jatuh sakit.
Selepas bersalin tubuh kita berada di dalam keadaan yang paling lemah. Tidak kisahlah sama ada bersalin biasa atau pembedahan. Ini adalah kerana tubuh kita berada di dalam proses peralihan hormon yang mendadak.
Antara pantang larang selepas bersalin;
1. JANGAN MAKAN MAKANAN SEJUK.
Sentiasa makan semasa makanan masih panas dan minum juga yang panas atau suam. Ini juga membantu pengeluaran darah kotor daripada rahim. Tetapi makanan lain yang 'bisa' contohnya durian, jeruk-jeruk tidak boleh dimakan.
2. ELAKKAN MAKANAN BERMINYAK.
Bagi sesetengah ibu, terutamanya yang berbadan besar, fungsi hati boleh terjejas sekiranya makan makanan yang berlemak, berminyak dan pedas. Saya hanya memakan sup ayam sepanjang tempoh berpantang.
3. ELAKKAN TUBUH MENJADI SEJUK.
Sentiasa memakai pakaian tebal dan elakkan angin dari luar rumah, kipas angin atau penghawa dingin. Selepas bersalin, pori-pori kulit kita membesar untuk membebaskan lebihan cecair dalam badan (peluh) tetapi angin juga boleh masuk ke dalam kulit dengan cepat. Penggunaan stokin juga amat digalakkan.
4. REHATKAN MINDA DAN JIWA
Paling penting sekali, rehatkan fikiran kerana perubahan hormon yang mendadak dalam tubuh amat memberi kesan kepada cara pemikiran kita ketika itu. Jika tidak dikawal dengan baik, ditakuti ia akan memberi kesan berpanjangan.