Jumaat, 25 Februari 2011

Push, Teran, Ajan....apa tu?

Jika anda ditakdirkan untuk bersalin secara normal, anda akan disuruh 'mengajan' bertujuan untuk menolak bayi keluar.  Tips untuk ini ialah BUKAN MENOLAK MELALUI PERUT TAPI TOLAK SEMACAM NAK MEMBUANG AIR BESAR.   Insyallah berjaya.

Rabu, 23 Februari 2011

Packing Lah ni....

Apabila kandungan sudah mencecah 28 minggu atau 7 bulan, lebih baik kita menyiapkan barangan untuk di bawa ke hospital.  Ini adalah kerana dari umur kandungan ini, kita tidak tahu bila masanya kita akan bersalin (ada ibu yang sakit perut dan bersalin masa kandungan 7 bulan secara tiba-tiba, tak tahulah apa sebabnya).

Kalau saya, saya akan 'packing' barangan ini dalam beg dan bawa ke mana-mana sahaja saya pergi.  Bagi ibu yang bekerja, susah juga kan.  Simpan dalam kereta sajalah.  Lagipun suami yang akan membawa ke hospital kan (kecuali masa suami keluar 'outstation').

Selalunya saya akan membawa (saya bersalin di hospital kerajaan);

1)  TUALA MANDI :  Di hospital kerajaan disediakan baju dan kain sarung, jadi kita hanya perlu membawa tuala mandi.

2)  BANTAL ATAU SELIMUT TAMBAHAN :  Di hospital kerajaan juga di sediakan bantal dan selimut, tapi jika ingin lebih selesa, bawalah bantal dan selimut tambahan.

3)  GELAS,PIRING,SUDU,TERMOS,KONTENA MAKANAN

4)  SUSU TEPUNG, BISKUT

4)  SABUN MANDI, SYAMPU, BEDAK BADAN, SIKAT,TUALA WANITA

5)  HANDPHONE DAN CHARGERNYA (Komunikasi dengan orang-orang tersayang amat penting di waktu ini).

6)  SELIPAR JEPUN (Lain pula rasanya mandi dengan memakai sandal.....)

7)  MAJALAH/BUKU (Memang bosan kalau berada di wad, apatah lagi kalau belum waktu nak bersalin, syok juga kalau ada bahan bacaan).

8)  BARANGAN BAYI:  5 pasang baju, 5 Tuala, Lampin atau pampers (pakaikan lampin sekiranya bayi belum kencing), Topi, 5 pasang sarung tangan.  Selalunya set mandian dan bedak bayi tidak perlu dibawa dahulu kerana bayi belum dimandikan.

LAGI FAKTA MENGENAI HOSPITAL KERAJAAN:

1.  Hospital kerajaan mengamalkan polisi penyusuan susu ibu, jadi botol susu dan susu formula adalah tidak dibenarkan di dalam wad.
2.  Waktu Melawat (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah):  6.00-7.00 pagi
                                                                                                    12.30-2.00 petang
                                                                                                      4.30-7.00 malam
                                                                                                    12.30-7.00 malam(Sabtu,Ahad & PH)
3.  Sarapan, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam disediakan.

Isnin, 21 Februari 2011

Dah sampai masa ke?


Tarikh yang selalunya diberikan sebagai anggaran waktu nak bersalin ialah minggu yang ke 40.  Tetapi sudah namanya anggaran ianya tidak semestinya tepat.  Lagipun ianya dikira berdasarkan tarikh kali terakhir kita didatangi haid, yang kadang-kadang kita pun tak berapa pasti.

Masa mengandung anak pertama dulu, saya pun tertanya-tanya macamana rasanya sakit perut nak bersalin.  Apakah tanda-tandanya?  Memanglah banyak baca buku dan majalah tetapi yang syoknya kalau orang lain pula menceritakan pengalaman mereka.  

Berikut ialah senarai tanda-tanda nak bersalin;

1)  SAKIT PINGGANG DAN DI SEKELILING BAWAH PERUT (ARI-ARI)

Majoriti ibu-ibu yang menceritakan pengalaman mereka mengalami tanda ini.  Sakitnya ialah macam sakit senggugut waktu haid.  TAPI SAKITNYA ADALAH BERLARUTAN.

2)  PERUT SEMACAM MENGERAS

Perut mengeras ini sebenarnya ialah 'Braxton Hicks' iaitu rahim kita melakukan aktiviti pengecutan untuk persediaan apabila kita betul-betul nak bersalin nanti.  Biasanya kita akan mulai mengalaminya seawal kandungan berumur 8 bulan.  Tapi apabila ianya menjadi tanda awal bersalin, IANYA TIDAK BERHENTI TETAPI SEMAKIN KERAP.

3)  RASA NAK MUNTAH

Ada juga apabila perut sudah terlalu sakit, rasa nak muntah dah termuntah.

4)  AIR KETUBAN PECAH

Ianya ialah cecair jernih yang keluar seperti air kencing CUMA BEZANYA KITA TIDAK DAPAT MENGAWALNYA.

5)  LENDIR PUTIH

Lendir ini sebenarnya ialah penutup pintu rahim kita yang tergugur apabila pintu rahim tersebut membesar bukaannya.  Selalunya ia bercampur dengan sedikit darah.

6)  CIRIT BIRIT

Saya adalah diantara ibu yang mengalami tanda ini.  Ianya berlaku kerana tubuh badan kita tahu masanya telah tiba dan ia membuat persediaan dengan mengosongkan usus supaya bayi senang keluar nanti.

NASIHAT SAYA:  Jika anda akan pertama kali melahirkan anak dan sudah tentu tidak mengetahui jangka masa bersalin anda sama ada cepat atau lambat, sila ke hospital secepat mungkin sekiranya mengalami satu atau lebih tanda di atas.

Jumaat, 18 Februari 2011

Tak habis lagi ni...

Trimester ketiga menyaksikan 'climax' segala-galanya tentang kehamilan terutamanya kepada bakal ibu yang akan pertama kalinya menimang cahaya mata.

Berat badan pun sudah banyak bertambah...kalau saya paling berat 98kg, tak percaya? cerita betul ni.  Tapi lain orang lain ceritanya, ada yang naik hingga 20-30 kg dan ada juga yang naik cuma 5-10 kg saja.  

Tidur malam pun payah, nak tidur terlentang pun sesak nafas, tidur mengiring lama-lama jadi 'cramp' pula perut ni.  Cerita pasal buang air kecil pun janganlah nak cerita, 4-5 kali satu malam tu ada juga.

Ada Lagi ke?

Pada trimester pertama mengandung juga, kita akan cepat merasa letih dan mengantuk.  Ada juga bakal ibu yang langsung tidak berselera untuk makan dan kalau anda boleh percaya ada juga yang minum air kosong pun tak lalu.  Sampai ada yang masuk wad hospital....ish kalau dikenang-kenang kasihan juga kan.  

Bayi yang semakin membesar di dalam rahim juga semakin menekan pundi kencing yang terletak bersebelahan menyebabkan bakal ibu kerap membuang air kecil.  Dalam sejam boleh 2-3 kali ke tandas.  Tetapi yang hairannya apabila sampai ke trimester kedua, simtom ini hilang sekejap dan datang kembali di dalam trimester ketiga.

Khamis, 17 Februari 2011

Tak sabarlah.....

Pertama kali melihat gambar scan bayi dalam perut, tidak sabar rasanya menunggu kelahirannya.  

Kandungan kita dibahagikan kepada tiga trimester.  Trimester pertama ialah sehingga minggu ke 12.  Ya, selalunya kandungan dikira secara mingguan.  Trimester kedua ialah dari minggu ke 12 hingga ke 24.  Manakala trimester ketiga iaitu yang terakhir ialah dari minggu ke 24 hingga melahirkan.

Selalunya kita akan merasa perubahan ke atas badan dan mental dengan ketara.  Trimester pertama adalah waktu yang paling mencabar  bagi seorang bakal ibu.  Ini adalah kerana kenaikan paras hormon yang mendadak boleh menyebabkan beberapa simptom yang tidak menyenangkan.  Di antaranya ialah buah dada yang membengkak, selera makan berkurangan, deria bau yang sensitif daripada biasa dan emosi juga kurang stabil.


Sabtu, 12 Februari 2011

Tak habis shopping?

 Ada lagi barangan bayi ni....

1)  NAPPY LINER - (50-200 keping) Washable.

Apabila menggunakan lampin, eloklah menggunakan nappy liner juga.  Ini untuk mengelakkan najis bayi melekat di lampin.  Ia juga boleh dicuci dan digunakan semula.  NASIHAT SAYA:  Sila cuci nappy liner sejurus selepas bayi berak untuk mengelakkannya melekat terus.

2)  TERMOS AIR PANAS ELEKTRIK

Saya suka menggunakan termos air panas elektrik yang bukan sahaja dapat menyimpan air panas tapi juga dapat memasaknya.  Senang digunakan siang dan malam untuk membuat susu bayi dan juga merendam botol susu.

Ada Lagi....

Semasa mengandung ada lagi beberapa perkara yang penting untuk dielakkan semasa mengandung.  

Bagi bakal ibu yang tinggal dan bekerja di bandar, terperangkap di dalam kesesakan lalulintas menjadi suatu kemestian setiap pagi dan petang.  Sila pastikan tingkap kereta anda bertutup dan menggunakan penyaman udara kereta.  Ini adalah kerana gas KARBON MONOKSIDA dari kereta lain adalah MEMBAHAYAKAN KANDUNGAN jika tersedut oleh tubuh kita, ia adalah racun dan toksik.

Bagi bakal ibu yang tinggal di rumah yang mempunyai dan memelihara kucing, elakkan daripada terdedah atau terpijak najis kucing anda.  Ini adalah kerana bakteria daripada najis kucing boleh menceroboh ke dalam tubuh sekaligus mengancam kandungan kita.

Semasa mengandung elakkan juga menaiki motorsikal terutama sekali jika umur kandungan 1 hingga 4 bulan.  Ini adalah kerana kandungan masih belum kuat dan gegaran serta posisi kita duduk di atas motorsikal menjadi faktor kemungkinan kes keguguran.

Daripada pembacaan serta pengalaman saya juga, stres atau emosi yang keterlaluan juga adalah tidak baik bagi kandungan.  Oleh itu, amalkan sikap tenang dan rehatkan fikiran serta emosi semasa mengandung kerana segala perasaaan kita sama ada gembira atau sedih dapat dirasai oleh bayi di dalam kandungan kerana otak menghantar signal kepada bayi.

Macam yang selalu diberitahu oleh orang tua-tua, janganlah membuat kerja-kerja berat sepanjang waktu mengandung terutama apabila baru mula mengandung.  Segala yang kita makan dan juga minum juga haruslah betul-betul bersih dan bebas kuman.

Insyallah, jika kita mengamalkan perkara-perkara di atas, kejadian yang tidak baik dapat dijauhi....

Jumaat, 11 Februari 2011

Nak makan apa ni?

Kalau cerita pasal bab mengidam ni, lapan jam pun tidak cukup ni.  Masa anak pertama dulu, time perut baru masuk 2-3 bulan, sengsara betul.  Bayangkan masa duduk buat kerja di pejabat pun macam-macam menu makanan boleh muncul di dalam otak.  Lepas satu, satu dan seterusnya.  

Sekejap Mi Hailam, lepas tu tukar pula Soto Ayam, 5 minit kemudian terkenang pula nak makan burger daging bersama air bergas.  Boleh-boleh lagi dengan air liur nak mengalir.  Time tu hairan juga, macam mana boleh jadi begitu, sebelum ni tak pernah pula terjadi.  

Itulah kebesaran Illahi, tubuh kita yang diciptaNya sebenarnya tahu jika kekurangan zat-zat tertentu yang mana bahaya bagi kandungan.  Maka terjadilah kejadian mengidam ini.  Para bakal ibu mengidamnya makanan-makanan yang mana zatnya kurang dalam tubuh.

Masa mengandungkan anak pertama, saya juga mengidam Nasi Ayam.  Tapi kalau kita mengidam bukan sembarangan nasi ayam kita nak makan, mesti yang 'ngam' dengan selera kita.  Dalam kes saya, ia mestilah tak lebih dan tak kurang MESTI Nasi Ayam Restoran Juara, sampai naik boring pekerja restoran itu melihat wajah saya dan suami.  Kalau boleh hari-hari nak makan nasi ayamnya sampai minta suami bawa pulang.  Awas kalau tiada atau nasi ayam sudah habis...merajuk panjanglah jawabnya.

Pernah juga saya mendengar cerita tentang wanita yang mengidamkan tanah liat.  Adakah dia kekurangan zat besi daripada tanah?  Mungkin juga.  Ibu saya mengidamkan burung-burung yang berterbangan di udara ketika mengandungkan adik lelaki saya.  Lucu juga kan....

Selasa, 1 Februari 2011

To eat or not o eat?

Daripada pembacaan saya mengenai pemakanan ibu mengandung, ada beberapa 
makanan terlarang antaranya ialah;

 

1) KEJU : Terutamanya 'Blue Cheese', kerana dikhuatiri mengandungi 
bakteria aktif yang mungkin menjejaskan kandungan.


2) MINUMAN BERGAS:  Mengurangkan tahap oksigen ke dalam kandungan.


3) MINUMAN BERKAFEIN:  Kafein tidak baik untuk kandungan.

 

4) MAKANAN MENTAH:   Contohnya sushi dan telur setengah masak juga mengandungi 
bakteria yang berbahaya.
 
5) AISKRIM FUDGE :  Memandangkan aiskrim ini menggunakan mesin untuk dihidangkan, dikhuatiri 
suhu penyimpanannya membiakkan bakteria sekaligus jika dimakan, akan menjejaskan 
bayi di dalam kandungan.

Makanan-makanan di atas adalah berbahaya terutamanya bagi kandungan yang berusia 1-3 bulan.


Eat or not to eat?

Daripada pembacaan saya mengenai pemakanan ibu mengandung, ada beberapa makanan terlarang antaranya ialah;

1) KEJU : Terutamanya 'Blue Cheese', kerana dikhuatiri mengandungi bakteria aktif yang mungkin menjejaskan kandungan.

2) MINUMAN BERGAS:  Mengurangkan tahap oksigen ke dalam kandungan.