Sabtu, 12 Februari 2011

Ada Lagi....

Semasa mengandung ada lagi beberapa perkara yang penting untuk dielakkan semasa mengandung.  

Bagi bakal ibu yang tinggal dan bekerja di bandar, terperangkap di dalam kesesakan lalulintas menjadi suatu kemestian setiap pagi dan petang.  Sila pastikan tingkap kereta anda bertutup dan menggunakan penyaman udara kereta.  Ini adalah kerana gas KARBON MONOKSIDA dari kereta lain adalah MEMBAHAYAKAN KANDUNGAN jika tersedut oleh tubuh kita, ia adalah racun dan toksik.

Bagi bakal ibu yang tinggal di rumah yang mempunyai dan memelihara kucing, elakkan daripada terdedah atau terpijak najis kucing anda.  Ini adalah kerana bakteria daripada najis kucing boleh menceroboh ke dalam tubuh sekaligus mengancam kandungan kita.

Semasa mengandung elakkan juga menaiki motorsikal terutama sekali jika umur kandungan 1 hingga 4 bulan.  Ini adalah kerana kandungan masih belum kuat dan gegaran serta posisi kita duduk di atas motorsikal menjadi faktor kemungkinan kes keguguran.

Daripada pembacaan serta pengalaman saya juga, stres atau emosi yang keterlaluan juga adalah tidak baik bagi kandungan.  Oleh itu, amalkan sikap tenang dan rehatkan fikiran serta emosi semasa mengandung kerana segala perasaaan kita sama ada gembira atau sedih dapat dirasai oleh bayi di dalam kandungan kerana otak menghantar signal kepada bayi.

Macam yang selalu diberitahu oleh orang tua-tua, janganlah membuat kerja-kerja berat sepanjang waktu mengandung terutama apabila baru mula mengandung.  Segala yang kita makan dan juga minum juga haruslah betul-betul bersih dan bebas kuman.

Insyallah, jika kita mengamalkan perkara-perkara di atas, kejadian yang tidak baik dapat dijauhi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan