Apabila kandungan sudah mencecah 28 minggu atau 7 bulan, lebih baik kita menyiapkan barangan untuk di bawa ke hospital. Ini adalah kerana dari umur kandungan ini, kita tidak tahu bila masanya kita akan bersalin (ada ibu yang sakit perut dan bersalin masa kandungan 7 bulan secara tiba-tiba, tak tahulah apa sebabnya).
Kalau saya, saya akan 'packing' barangan ini dalam beg dan bawa ke mana-mana sahaja saya pergi. Bagi ibu yang bekerja, susah juga kan. Simpan dalam kereta sajalah. Lagipun suami yang akan membawa ke hospital kan (kecuali masa suami keluar 'outstation').
1) TUALA MANDI : Di hospital kerajaan disediakan baju dan kain sarung, jadi kita hanya perlu membawa tuala mandi.
2) BANTAL ATAU SELIMUT TAMBAHAN : Di hospital kerajaan juga di sediakan bantal dan selimut, tapi jika ingin lebih selesa, bawalah bantal dan selimut tambahan.
3) GELAS,PIRING,SUDU,TERMOS,KONTENA MAKANAN
4) SUSU TEPUNG, BISKUT
4) SABUN MANDI, SYAMPU, BEDAK BADAN, SIKAT,TUALA WANITA
5) HANDPHONE DAN CHARGERNYA (Komunikasi dengan orang-orang tersayang amat penting di waktu ini).
6) SELIPAR JEPUN (Lain pula rasanya mandi dengan memakai sandal.....)
7) MAJALAH/BUKU (Memang bosan kalau berada di wad, apatah lagi kalau belum waktu nak bersalin, syok juga kalau ada bahan bacaan).
8) BARANGAN BAYI: 5 pasang baju, 5 Tuala, Lampin atau pampers (pakaikan lampin sekiranya bayi belum kencing), Topi, 5 pasang sarung tangan. Selalunya set mandian dan bedak bayi tidak perlu dibawa dahulu kerana bayi belum dimandikan.
LAGI FAKTA MENGENAI HOSPITAL KERAJAAN:
1. Hospital kerajaan mengamalkan polisi penyusuan susu ibu, jadi botol susu dan susu formula adalah tidak dibenarkan di dalam wad.
2. Waktu Melawat (Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah): 6.00-7.00 pagi
12.30-2.00 petang
4.30-7.00 malam
12.30-7.00 malam(Sabtu,Ahad & PH)
3. Sarapan, Makan Tengahari, Minum Petang dan Makan Malam disediakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan