Daripada pembacaan saya mengenai pemakanan ibu mengandung, ada beberapa
makanan terlarang antaranya ialah; 1) KEJU : Terutamanya 'Blue Cheese', kerana dikhuatiri mengandungi
bakteria aktif yang mungkin menjejaskan kandungan. 2) MINUMAN BERGAS: Mengurangkan tahap oksigen ke dalam kandungan. 3) MINUMAN BERKAFEIN: Kafein tidak baik untuk kandungan. 4) MAKANAN MENTAH: Contohnya sushi dan telur setengah masak juga mengandungi
bakteria yang berbahaya.
5) AISKRIM FUDGE : Memandangkan aiskrim ini menggunakan mesin untuk dihidangkan, dikhuatiri
suhu penyimpanannya membiakkan bakteria sekaligus jika dimakan, akan menjejaskan
bayi di dalam kandungan.
Makanan-makanan di atas adalah berbahaya terutamanya bagi kandungan yang berusia 1-3 bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan