Apabila sudah mengandung, kita akan menjadi pengunjung tetap klinik dan hospital, tidak kiralah klinik swasta atau kerajaan. Jadi kita mesti menetapkan 'mind set' kita supaya sentiasa bersedia dengan keadaan ini. NASIHAT SAYA: Sentiasa bersikap sabar dan 'open minded'. Ini dapat membantu kerana sekiranya kita terburu-buru dan seterusnya marah-marah ini tidak baik untuk kandungan kita dan silap haribulan tekanan darah pun meningkat.
JANGAN BERSARAPAN DAHULU. Tunggu sehingga habis pemeriksaan air kencing di klinik. Selepas mendapat nombor giliran ataupun menunggu panggilan doktor, bolehlah bersarapan. NASIHAT SAYA: Saya lebih suka membungkus makanan dan minuman. Makanlah sementara menunggu giliran. Tidak perlu berjalan ke restoran atau kantin.
Setelah berjumpa doktor dan diberikan tarikh seterusnya oleh jururawat, sila periksa temujanji anda yang lain sekiranya bertindih dengan tarikh tersebut. Jika ya, bolehlah minta jururawat memberikan tarikh yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan