Wah, perut dah masuk 7-8 bulan ni. Satu barang bayi pun belum ada lagi. Hah, jangan bimbang saya akan membantu anda membeli dan menyiapkan kelengkapan untuk bayi yang bakal lahir.
Selalunya. buat wanita-wanita yang bakal pertama kali menjadi ibu, semestinya telah membeli barangan bayi sejak mula lagi, seawal kandungan berusia 2-3 bulan. Tapi apa nak buat jika sudah terlalu 'excited' dalam melalui pengalaman indah ini.
Cuma ada satu masalahnya ialah BAJET anda. Jika anda mahukan barangan bayi yang berjenama semestinya mahal. Tetapi barangannya adalah berkualiti dan selesa dipakai. Bagi saya, jika kandungan ialah anak sulung dan anda bercadang untuk menambah lagi, pembelian barangan berjenama adalah satu bentuk pelaburan. Barangan ini boleh disimpan dan digunakan lagi untuk anak kedua, ketiga dan seterusnya.
Saya suka menggunakan barangan bayi jenama 'Fiffy' kerana harganya agak berpatutan dan selesa dipakai. Saya juga suka meninjau-ninjau harga dan kualiti barangan bayi yang lebih murah. Kebanyakan barangan yang murah ini adalah buatan China. NASIHAT SAYA: Ada pakaian bayi yang murah dan juga selesa dipakai. Tetapi barangan seperti bedak, losyen dan mandian bayi sebaiknya yang berjenama kerana ia lebih selamat dan terjamin.
1) LAMPIN
2 Dozen- Selalunya bayi yang baru lahir akan selalu berak, jadi penggunaan lampin amat sesuai untuk menjimatkan pembelian pampers. Selepas melahirkan anak dan berada di wad, jururawat akan bertanya kepada kita sama ada bayi sudah kencing atau tidak. Jika menggunakan pampers kita susah untuk mengenalpastinya kerana pampers mudah menyerap cecair.
2) PAMPERS
1 Bungkus(24-30 keping)- Saiz 'Newborn' atau S.
3) BAJU BAYI (Lengan Pendek) - 7-10 helai.
4) BAJU BAYI (Lengan Panjang) - -sama-
5) SELUAR BAYI (Pendek) -- sama-
6) SELUAR BAYI (Panjang) --sama-
7) BARUT -3 helai - Untuk membarut perut bayi. Untuk melindungi pusat bayi dan mengelakkan perut bayi masuk angin.
8) TOPI BAYI
9) SARUNG TANGAN - 7-10 pasang (Sebaiknya jangan yang berlubang-lubang)
10) SARUNG KAKI ATAU STOKIN -7-10 pasang (sama)
11)TUALA -10 helai (5 Nipis-untuk membungkus bayi, 5 Tebal-digunakan selepas mandi)
12)SAPU TANGAN - 3-5 helai (Untuk melap bayi anda)
13)SELIMUT BAYI - 2 (Beli yang ada 'hood' boleh digunakan kemana-mana untuk melindungi kepala bayi anda)
14)TILAM BAYI - 2 (1 Tebal :Untuk baby cot , 1 Nipis: Senang dibawa)
15)BANTAL BAYI - 2 (Sekiranya satu kotor, yang satu lagi boleh terus digunakan)
16)BANTAL PELUK - 2
17)KATIL BAYI (BABY COT) - 1 (Katil besi lebih murah dari katil kayu)
18)BOX PAKAIAN (Bertutup) - 1 (Ia bertutup jadi pakaian bayi adalah bebas dari kotoran dan habuk)
19)BEDAK BAYI, SYAMPU BAYI, LOSYEN BAYI DAN MANDIAN BAYI (boleh juga didapati dalam travel pack (4in1) supaya senang dibawa).
20)MINYAK AIR PUTIH - 1 (Saya suka menggunakan jenama Cap Parrot (Burung Kakaktua Merah) kerana ianya lebih berkesan apabila bayi sakit perut)
21)MINYAK PO - 1 (Po Sum On Medicated Oil sama fungsinya dengan minyak air putih tetapi ia lebih pedas dan panas jadi sila gunakan dalam kuantiti yang sedikit) Selepas mandi, letakkan sedikit di ari-ari bayi untuk mengelakkan burut.
22)PUTIK KAPAS (Untuk membersihkan telinga dan hidung bayi).
23)KAPAS (Untuk membersihkan bayi dan pusat bayi anda).
24)BEDAK SEJUK ( Saya menggunakan jenama 2 Amoi, boleh didapati di kedai ubat cina atau kedai-kedai cina lama)
25)BESEN MANDIAN - 1
26)PELAPIK GETAH BESEN MANDIAN - 1
27)TISU BASAH BAYI(BABY WIPES)
* Elakkan habuk-habuk bedak memasuki hidung bayi anda.
* Selalunya syampu bayi tidak memedihkan mata bayi.
* Jangan gunakan losyen jika bayi anda alergik.
BARANGAN KEPERLUAN YANG LAIN
* BEG BAYI (Saya menggunakan jenama 'Fiffy', ia kecil dan praktikal).
* STROLLER BAYI
* HAYUNAN BAYI
* BOTOL SUSU BAYI (Tidak digalakkan, susu ibu adalah yang terbaik)
*SUSU FORMULA BAYI ( Jika anda menggunakan botol susu, saya suka menggunakan jenama 'SNOW')
* BAKUL KECIL ( Untuk meletakkan semua barangan mandian, minyak air putih, bedak dan lain-lain)
* BAKUL BESAR (Tempat membawa susu, botol panas dan air masak)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan