Selasa, 18 Januari 2011

Shortcuts?

Shortcuts?, apa tu?, dalam kes ini, tentulah shortcut to knowledge about your first pregnancy.  Mesti syok kan kalau mengetahui segalanya dengan mengikuti blog ini.  Sebab mengikut pengalaman saya, membaca majalah dan buku-buku memang tidak cukup dalam persediaan fizikal dan mental menghadapi pengalaman pertama mengandung, jadi bagi kawan-kawan dan ibu-ibu yang bakal menjadi ibu buat pertama kalinya, this chapter is for you!

SURPRISE, SURPRISE!

Selalunya kita akan mengetahui jika kita mengandung.  Begitulah dengan saya.  Haid yang sepatutnya datang lambat beberapa hari, kemudian minggu dan bulan.  Datang pula tanda-tanda yang lain, sakit kepala, mual-mual, mudah penat dan mengantuk.  Kita boleh mengetahui sama ada kita mengandung atau tidak seawal-awalnya seminggu dari tarikh sepatutnya kita tidak dikunjungi haid. 

PREGNANCY TEST

Beli dulu Pregnancy Test Kit yang dijual di farmasi dan klinik.  Janganlah rasa malu dan segan kerana bukan kita sahaja yang membelinya, ramai lagi!.  Saya suka membelinya di farmasi (Guardian Farmacy) kerana terdapat banyak pilihan, paling murah berharga RM9.90.  Selalunya memang tepatlah.  Ikut arahan di pek dan dalam 2-3 minit adalah keputusannya.  Sebaik-baiknya buat ujian pada awal pagi dengan air kecil yang pertama bangun tidur.  Jika negatif, jangan kecewa kerana kadang-kadang jika kandungan masih di peringkat awal keputusannya boleh menjadi begitu lebih-lebih lagi jika kita membuat ujian di sebelah petang atau malam di mana hormon kehamilan tidak tinggi tahap konsentrasinya.  Sila ulang ujian ini seminggu atau dua minggu kemudian.

SCANNING

Selepas itu bolehlah kita ke klinik untuk ujian Ultrasound pula.  Kalau boleh secepat mungkin selepas membuat ujian dengan Pregnancy Test Kit dan keputusannya adalah positif.  Ini adalah kerana dengan ujian ini doktor akan dapat mengesahkan kehamilan kita dan sama ada kandungan berada di dalam rahim dan bukannya di tempat lain contohnya di tiub fallopio.  Saya advise anda untuk membuat menemuramah receptionist di klinik sama ada klinik tersebut mempunyai Ultrasound kerana bukan semua klinik mempunyainya.  Satu lagi perkara penting ialah SAMA ADA PIHAK KLINIK BOLEH MENCETAK GAMBAR ULTRASOUND ATAU TIDAK.  Ini adalah kerana jika anda ingin berklinik untuk ibu mengandung di klinik kerajaan KEBIASAANNYA mereka akan meminta gambar ultrasound yang PERTAMA untuk tujuan pengesahan dan rekod.  NASIHAT SAYA:  Minta Folic Acid (sejenis vitamin untuk menguatkan rahim) daripada doktor dan makan sekali sehari.  Selalunya bayaran yang dikenakan adalah RM35.00 hingga RM45.00.



MONTHLY CHECK-UP

Kita ada 2 pilihan, sama ada berklinik di klinik kerajaan atau swasta.  Terpulang pada anda.  


KLINIK KERAJAAN

Tapi bagi saya, pilihan terbaik ialah klinik kerajaan.  Ia adalah percuma dan anda akan diperiksa dan dijaga sepenuhnya.  Tapi bagi ibu-ibu yang bekerja, anda terpaksa beratur dan kadang-kadang menunggu lama untuk diperiksa.  Anda juga terpaksa mengambil cuti kerana tempoh masa berklinik yang lama.  Bagi yang surirumah pula tiada masalah.  NASIHAT SAYA, SILA DATANG AWAL, dalam jam 7.20 pagi untuk urusan pendaftaran jika mahu pulang awal.  Oleh kerana ianya percuma, tentulah banyak peminatnya kan!

Selalunya terdapat klinik kerajaan di setiap daerah di mana anda tinggal.  NASIHAT SAYA:  sila bawa suami anda bersama untuk urusan pendaftaran, juga kad pengenalan suami isteri serta buku rekod yang terdahulu untuk pendaftaran bagi kandungan kedua dan seterusnya.

Buku Rekod

Anda akan diberi buku rekod yang mencatatkan keputusan pemeriksaan fizikal pada tiap kali anda berklinik.  Buku ini juga akan diminta oleh Pegawai JPN semasa pendaftaran kelahiran bayi anda nanti.  NASIHAT SAYA:  Jaga baik-baik buku ini, jangan hilangkan.  Semasa mengandung, SAYA AKAN MEMBAWA BUKU INI KEMANA SAHAJA, mana tahu jika ada apa-apa terjadi kepada saya buku ini amat membantu kerana mengandungi banyak maklumat contohnya jenis darah anda.

Sebagai ibu yang pertama kali mengandung kita juga akan di beri suntikan dan satu lagi suntikan apabila kandungan mencecah 20 minggu.  Berat badan juga akan dipantau.  Bagi saya, selain daripada perasaan unik dan merasa istimewa semasa mengandung, anda akan rasa disayangi dan di ambil berat semasa berklinik di klinik kerajaan kerana penjagaannya yang terperinci.  Walaupun kadangkala ada kakitangan yang meninggikan suara, tapi kita harus faham yang tugas mereka amat mencabar kerana terpaksa mengendalikan ramai ibu-ibu yang datang setiap hari.  Bagi saya, jika kita menunjukkan sikap yang mesra, mereka juga akan berbuat begitu...IT'S ALL UP TO YOUR OWN ATTITUDE...

KLINIK SWASTA

Bagi ibu-ibu yang merasa payah untuk beratur dan terutamanya yang bekerja dan payah untuk memohon cuti, pilihannya tentunya klinik swasta.   Ini adalah kerana jumlah pelanggan yang tidak ramai dan boleh dikunjungi waktu rehat tengahari (lunchtime), hari Sabtu dan hari Ahad.

Bagi saya jikalau anda atau suami bekerja dan majikan menyediakan klinik-klinik swasta sebagai panel, daftar sahaja di klinik tersebut.

Kad Rekod

Anda juga akan diberi kad rekod yang mengandungi maklumat RINGKAS anda.  Tetapi jika dimasukkan ke dalam wad di hospital kerajaan, pihak klinik selalunya boleh dihubungi untuk mendapatkan rekod perubatan anda dengan menfakskannya.  

SOALAN PUJAAN RAMAI:  Jika saya berklinik di klinik swasta, bolehkah saya melahirkan anak di hospital kerajaan?  Jawapan:  SELALUNYA, boleh, kerana hospital kerajaan akan selalu menerima anda...tapi dalam kes-kes kecemasan, tuah tidak akan berpihak dengan anda, masa juga akan memusuhi anda kerana dalam waktu kritikal para doktor terpaksa mencari sendiri maklumat mengenai anda kerana, KAD REKOD KLINIK SWASTA SELALUNYA TIDAK LENGKAP DAN TIDAK TERPERINCI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan