Jumaat, 14 Jun 2013



Pengalaman mengandung kali pertama amatlah ditunggu-tunggu buat insan-insan yang baru mendirikan rumah tangga.  Begitu juga dengan para ibu yang telah lama melahirkan anak yang pertama atau lebih tetapi masih belum dikurniakan anak yang seterusnya, walaupun telah menunggu bertahun-tahun lamanya.

Doa dan harapan teramat penting supaya kita tidak berputus asa.  Namun, tanpa usaha tiada gunanya.  Mungkin dengan sedikit usaha, impian untuk mendapatkan cahayamata mungkin tercapai.

Pada masa sekarang, terdapat pelbagai cara alternatif antaranya ialah IUI dan IVF.  IUI ialah suatu cara persenyawaan di luar rahim dibantu oleh teknologi.  IVF pula ialah cara yang terakhir dan pemantauan  yang lebih diperlukan.

Di Sabah, ada satu klinik yang terletak di dalam Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah iaitu sebuah klinik kesuburan yang bertujuan membantu pasangan-pasangan yang telah lama berkahwin tetapi belum mendapat cahayamata.  Doktor yang menyelia klinik ini ialah Dr. Hatta.      Melalui rawatan dan kaedah IUI, ramai pasangan yang berjaya walaupun baru mencuba pada kali yang pertama.  

Saya sendiri hanya mendapat anak pertama setelah 6 tahun berkahwin. Mungkin saya juga akan ke klinik ini untuk mendapat rawatan dan bimbingan sekiranya saya tahu kewujudannya tapi mungkin Allah lebih mengasihani kami suami isteri dan setelah 6 tahun menunggu, telah diberi peluang untuk menimang anak yang pertama....Alhamdullilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan